Kusess Anti Buli... Kita Satu Keluarga

SABTU, 11 Julai 09- SM Sains Kuala Selangor telah mengadakan Program 3 dalam satu iaitu Program Anti buli, Program Asrama Terbuka dan Program Mawaddah. dalam Program Anti buli, Forum diadakan dan dianggotai oleh 3 orang panel yang terdiri daripada penceramah yang berpengalaman. forum ini diadakan untuk menyedarkan para pelajar tentang kesan negatif gejala membuli. Program Asrama Terbuka diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu bapa melihat sendiri keadaan asrama anak-anak mereka. Mereka juga berpeluang berkenalan sesama ibu bapa yang lain. Program Mawaddah diadakan agar ibu bapa dapat melihat prestasi anak-anak mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun yang baru sahaja berlalu. Mereka juga berpeluang untuk berbincang dengan guru-guru tentang pelajaran anak-anak. Program ini berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya. Para pelajar dibenarkan untuk outing selepas program mawaddah. Sekian.....

0 comments:

Post a Comment