'SELAMAT HARI JADI BONDA PENGETUA!!!'


Rabu, 16 September 2009 merupakan hari sambutan ulang tahun kelahiran bonda pengetua Sek. Men. Sains Kuala Selangor, Puan Hajah Rossminah binti Yamin yang ke-56. Seluruh warga SMSKS telah berkumpul di dataran gemilang bagi meraikan bonda yang tercinta. Pengacara majlis, En. Husni bin Ahmad Dahlan telah mempengerusikan majlis tersebut. Warga SMSKS telah bersama-sama menyanyikan lagu 'selamat hari jadi' khas untuk bonda pengetua tersayang. Pelbagai hadiah juga telah disampaikan kepada beliau daripada wakil-wakil pelajar dan guru-guru yang berupa kain sutera dan banyak lagi. Kami seluruh warga SMSKS mengucapkan Selamat Hari Lahir serta mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan bonda di dunia dan diakhirat.

'HAPPY BIRTHDAY BONDA!'

0 comments:

Post a Comment